22 October 2012

Hukum Bermesej (SMS)

Soalan

Apakah hukum seorang lelaki dan perempuan bukan mahram bermesej melalui handphone(telefon bimbit). Apakah perbuatan ini halal ataupun haram?

Jawapan

Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya, maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Sekiranya mesej seperti bertanyakan, "Sedang buat apa?" "Awak minat apa?" "Suka warna apa?" atau "Saya suka tengok awak pakai baju ini," maka hukumnya tidak syak lagi adalah haram dalam islam.

0 kata mereka:

Post a Comment