4 March 2012

Maafkan Ku Wahai SahabatKu








Disini, inginku lakarkan sebuah kemaafan buatmu seorang insan yang bernama sahabat, yang pernah bertahta dihatiku.....

Maafkan diriku seandainya kehadiran ini tidak diundang, jesteru aku tidak pernah memintanya tetapi takdir telah menemukan kita biarpun hanya seketika tapi ianya amat bermakna bagiku...

Sahabatku...
Disaat hatiku terluka, kau tiba membawa sinar... 
disaat aku berduka kau hiasi diriku dengan senyuman dan keikhlasan
Bisakah aku melupakan setiap saat dan detik bersamamu itu
Biarpun kau jauh dari mataku tapi sentiasa erat dalam hatiku....

Sahabatku
Tak perlu kau tahu
Tak perluku lakarkan bicara kerinduan dihati ini
Tak perlu ku canangkan pada dunia
Bahawa aku amat menghargaimu
Setiap detik bersamamu
Tersimpan erat dalam sanubariku

Sahabatku
Maafkan aku seandainya
Hadirku disudut hatimu
bagaikan sehelai lembaran dalam buku harianmu
meskipun aku tidak mengharapkan 
kau sentiasa disisiku lagi....

Sahabatku
Bukan niatku untuk meninggalkanmu
Biarpun berat hatiku melangkah pergi dari hidupmu
Namun keterpaksaan ini
membuatkan aku berlalu dengan segunung air mata kedukaan
tanpamu
aku sepi....

Sahabatku....
dunia kita jauh berbeza
bagaikan langit dan bumi...
dan hati dan perasaan kita juga takkan sama...
meskipun kita amat memerlukan
namun ku putuskan jua.. aku harus pergi...

Sahabatku
Benarla kata mereka
Persahabatan yang tulus lebih unggul dari percintaan...
Jesteru hati sudah berbisik rindu
Perasaan bertukar menjadi kasih
Biarlah kita mengorak langkah sendiri
Melupakan perasaan yang tidak akan membawa erti itu lagi...
Kerana duniamu bukan duniaku...
dan kita adalah dua insan yang berbeza...
Tapi disatukan oleh satu mimpi
dan keikhlasan....

Sahabatku..
Akanku simpan kenangan kau dan aku
selamanya
agar ianya menjadi satu kenangan manis dalam diary hidup kita
tak mungkin terpadam namamu
selamanya...
hanya setulus doa ku hadiahku buatmu
setiap sujudku...
agar kebahagiaan akan mengiringi langkahmu
agar dirimu sentiasa tenang disisinya....

0 kata mereka:

Post a Comment